Subscribe Twitter Twitter

Friday, August 13, 2010

Selamat menjalani ibadah puasa

Salam semua, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga seluruh umat Islam. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan sama-sama kita melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini.

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADAN

1. Amalan berpuasa dapat melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah dan akan melahirkan ketenangan jiwa dan ketakwaan.

2. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dirantaikan,

3. Terdapat Lailatul Qadar iaitu satu malam yang penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ganjaran pahalanya daripada Allah swt.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat dalam badan manusia akan dapat diatasi.

5. Di dalam bulan Ramadan terdapat malam Nuzul Quran (17 Ramadan) di mana Al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat
karangan Ustaz Dato' Ismail Kamus

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

Friday, August 6, 2010

Salam perkenalan

Blog ini dibangunkan untuk sesi pembelajaran subjek KPT6043 Pembelajaran berasaskan eletronik dan web.Diharap rakan-rakan sekelas akan dapat manfaat daripada apa yang dipaparkan di blog ini. Maklumat terbaru akan ditambah dari semasa ke semasa. terima kasih kerana sudi melayari blog ini.